Tuesday 6 December 2011




Baca dan fahami petikan di bawah







Fuad murid tahun 2 Hijau di Sekolah Kebangsaan Putrajaya 2.Dia seorang yang berhemah tinggi dan bertanggungjawab.Rakan-rakan dan gurunya suka akan budi bahasanya.
            Fuad telah dilantik menjadi Ketua Kelas 2 Hijau.Dia selalu  membantu guru kelasnya mengawal disiplin kelas.Dia juga sentiasa memastikan semua rakannya mematuhi Jadual Tugasan di Kelas 2 Hijau. Walaupun ada juga rakan sekelasnya yang tidak suka padanya,namun dia sentiasa melayan mereka dengan baik.Fuad sentiasa berdisiplin dan mematuhi jadual waktu bertugas.Sifatnya yang baik itu menjadi teladan kepada semua rakan sekelasnya.Dia sentiasa mengamalkan pesanan gurunya iaitu “Kepimpinan Melalui Teladan”.
              Kelas 2 Hijau selalu diumumkan sebagai Kelas Terbaik Disiplin dan Kelas Terbersih dalam pertandingan yang diadakan pada setiap minggu disekolahnya.Mereka bangga dan gembira  dengan kejayaan itu.Mereka memenangi pertandingan itu kerana mempunyai seorang ketua yang baik dan sentiasa bekerjasama.


 Jawab soalan berikut dalam bentuk frasa berdasarkan petikan yang diberi.




 1.Di manakah Fuad bersekolah?

2.Bagaimanakah sikap Fuad?

3.Apakah jawatan Fuad di sekolah

4.Mengapakah Kelas Tahun 2 Hijau boleh memenangi pertandingan?

5.Bagaimanakah perasaan murid kelas Tahun 2 Hijau setelah memenangi pertandingan?


No comments:

Post a Comment