Saturday 10 December 2011



Sajak Guru - Usman Awang

Jika hari ini seorang perdana menteri sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut tuturnya mengajar tulis-baca.


Puisi Buat Guru


Pantun
View more presentations from Ejun Jun.



Friday 9 December 2011




AYAT

















1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).

4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang      sempurna


a.Ayat Tunggal

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.

Subjek    =  Lelaki gemuk itu

Predikat  =  sedang menembak burung.




b.Ayat Majmuk


1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.

Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. (Ayat
               Tunggal)                          
               B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
               C) Razak mengambil sebuah buku cerita
               lalu membaca buku itu. (Ayat Majmuk)   


 Bina ayat berdasarkan gambar yang diberi.








1.________________________________________________________________________________







2.________________________________________________________________________________












3.________________________________________________________________________________








4.________________________________________________________________________________







5.________________________________________________________________________________

Tuesday 6 December 2011




Baca dan fahami petikan di bawah







Fuad murid tahun 2 Hijau di Sekolah Kebangsaan Putrajaya 2.Dia seorang yang berhemah tinggi dan bertanggungjawab.Rakan-rakan dan gurunya suka akan budi bahasanya.
            Fuad telah dilantik menjadi Ketua Kelas 2 Hijau.Dia selalu  membantu guru kelasnya mengawal disiplin kelas.Dia juga sentiasa memastikan semua rakannya mematuhi Jadual Tugasan di Kelas 2 Hijau. Walaupun ada juga rakan sekelasnya yang tidak suka padanya,namun dia sentiasa melayan mereka dengan baik.Fuad sentiasa berdisiplin dan mematuhi jadual waktu bertugas.Sifatnya yang baik itu menjadi teladan kepada semua rakan sekelasnya.Dia sentiasa mengamalkan pesanan gurunya iaitu “Kepimpinan Melalui Teladan”.
              Kelas 2 Hijau selalu diumumkan sebagai Kelas Terbaik Disiplin dan Kelas Terbersih dalam pertandingan yang diadakan pada setiap minggu disekolahnya.Mereka bangga dan gembira  dengan kejayaan itu.Mereka memenangi pertandingan itu kerana mempunyai seorang ketua yang baik dan sentiasa bekerjasama.


 Jawab soalan berikut dalam bentuk frasa berdasarkan petikan yang diberi.




 1.Di manakah Fuad bersekolah?

2.Bagaimanakah sikap Fuad?

3.Apakah jawatan Fuad di sekolah

4.Mengapakah Kelas Tahun 2 Hijau boleh memenangi pertandingan?

5.Bagaimanakah perasaan murid kelas Tahun 2 Hijau setelah memenangi pertandingan?


Saturday 3 December 2011



1)Contoh mikro pengajaran penggunaan bahan bantu belajar gambar bersiri cerita "Gagak Yang Bijak"

2)PowerPoint dokumentasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun Dua.

3)Bahan bantu belajar video cerita "Gagak Yang Bijak".Bahan ini telah saya gunakan selepas set induksi.

4)Selepas video itu,sebagai pengukuhan cerita tersebut,saya telah gunakan "slideshow" cerita "Gagak Yang Bijak".

5)Untuk sesi bercerita,saya telah gunakan gambar bersiri cerita "Gagak Yang Bijak".

6)Untuk menguji pemahaman murid tentang cerita "Gagak Yang Bijak",saya telah memberi lembaran kerja yang memerlukan murid menyusun cerita mengikut urutan dan menyalinnya semula.

Monday 21 November 2011





Guru memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang jenis-jenis burung.


Guru mempertontonkan video dengan tajuk "Gagak Yang Bijak".




Murid-murid menonton cerita Gagak Yang Bijak.

Guru menerangkan tentang cerita Gagak Yang Bijak.


Thursday 27 October 2011



Gambar Bersiri Hikayat Gagak Bijak Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Gambar Bersiri Hikayat Gagak Bijak Slideshow Slideshow ★ to Malaysia. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Tuesday 25 October 2011









Yakinnya Aini Nur Aqilah bercerita.

Mohamad Adli sedang bercerita.

Bangganya Puteri Il'ma Nabila bercerita.




Tuesday 18 October 2011



Nama: ________________________________________

Tahun: ________________________________________

Tarikh: ________________________________________

Arahan:  Nomborkan ayat-ayat di bawah mengikut urutan berdasarkan gambar.Kemudian,salin ayat tersebut.



Tiba-tiba ia terjumpa sebuah geluk air. Namun begitu ia tidak dapat minum air di dalam geluk air itu   kerana muncungnya yang pendek



Ia mendapat satu akal. Ia meletakkan batu-batu kecil ke dalam geluk air itu sehingga paras air itu penuh dan akhirnya ia dapat minum air itu



Cuaca pada hari itu sangat panas



Seekor burung gagak sedang kehausan. Ia terbang ke sana- sini mencari air. 



Burung gagak berfikir dan cuba mencari akal supaya ia dapat minum air di dalam geluk itu.



1.__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2.__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3.__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4.__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
5.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Khusyuknya anak didikku.

Nizam dan Tina membuat lembaran kerja dengan penuh khusyuk.

Thursday 13 October 2011





Umm Cak Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Umm Cak Slideshow Slideshow ★ to Kuala Lumpur. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Saturday 8 October 2011





Aku dan temanku ditugaskan untuk membuat bahan bantu belajar LINUS. Seronok juga buat bahan ni. Guru-guru daerah Gombak ni kreatif-kreatif juga . Banyak pengalaman yang aku dapat. Boleh juga membantu aku dalam pengajaran LINUS.

Thursday 29 September 2011



Mari Bersajak
Baca dan fahami sajak dibawah,Kemudian,catatkan isi penting sajak.













Bendera Malaysia
Malaysia,                                                           
Kami berbakti sepenuh jiwa dan raga,
Demi membangunkan negara tercinta.

Malaysia,
Kami berjanji akan mempertahankannya,
Segala kejayaan yang dicipta.

Malaysia,
Kami berdoa maruah terpelihara,
 Semoga gemilang dan terbilang di dunia.

1)_____________________________
   _____________________________

2)_____________________________
   _____________________________

3)_____________________________
   _____________________________
 




Mari Berpantun
Lengkapkan pantun di bawah.


nasihat   *    belajar  *     buku   *    pandai   *    masa   *    berharga















1.Nampak dari tepi pantai,
  Apabila dekat rupanya batu;
  Kalau adik hendak __________,
  Mesti rajin baca __________.















2.Mari memetik buah kelapa,
Buahnya lebat,banyak sentiasa;
Dengarlah __________ibu dan bapa,
Rajin __________ setiap masa.
















3.Badang sungguh gagah perkasa,
  Siang dan malam sentiasa berjaga;
  Janganlah kita membuang __________,
  Kerana masa amat __________.