Saturday 10 December 2011
Sajak Guru - Usman Awang
Jika hari ini seorang perdana menteri sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut tuturnya mengajar tulis-baca.
Puisi Buat Guru
Friday 9 December 2011
AYAT
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna
a.Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
b.Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. (Ayat
Tunggal)
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita
C) Razak mengambil sebuah buku cerita
lalu membaca buku itu. (Ayat Majmuk)
Bina ayat berdasarkan gambar yang diberi.
1.________________________________________________________________________________
2.________________________________________________________________________________
3.________________________________________________________________________________
4.________________________________________________________________________________
5.________________________________________________________________________________
Tuesday 6 December 2011
Baca dan fahami petikan di bawah
Fuad murid tahun 2 Hijau di Sekolah Kebangsaan Putrajaya 2.Dia seorang yang berhemah tinggi dan bertanggungjawab.Rakan-rakan dan gurunya suka akan budi bahasanya.
Fuad telah dilantik menjadi Ketua Kelas 2 Hijau.Dia selalu membantu guru kelasnya mengawal disiplin kelas.Dia juga sentiasa memastikan semua rakannya mematuhi Jadual Tugasan di Kelas 2 Hijau. Walaupun ada juga rakan sekelasnya yang tidak suka padanya,namun dia sentiasa melayan mereka dengan baik.Fuad sentiasa berdisiplin dan mematuhi jadual waktu bertugas.Sifatnya yang baik itu menjadi teladan kepada semua rakan sekelasnya.Dia sentiasa mengamalkan pesanan gurunya iaitu “Kepimpinan Melalui Teladan”.
Kelas 2 Hijau selalu diumumkan sebagai Kelas Terbaik Disiplin dan Kelas Terbersih dalam pertandingan yang diadakan pada setiap minggu disekolahnya.Mereka bangga dan gembira dengan kejayaan itu.Mereka memenangi pertandingan itu kerana mempunyai seorang ketua yang baik dan sentiasa bekerjasama.
Jawab soalan berikut dalam bentuk frasa berdasarkan petikan yang diberi.
1.Di manakah Fuad bersekolah?
2.Bagaimanakah sikap Fuad?
3.Apakah jawatan Fuad di sekolah
4.Mengapakah Kelas Tahun 2 Hijau boleh memenangi pertandingan?
5.Bagaimanakah perasaan murid kelas Tahun 2 Hijau setelah memenangi pertandingan?
Saturday 3 December 2011
1)Contoh mikro pengajaran penggunaan bahan bantu belajar gambar bersiri cerita "Gagak Yang Bijak"
2)PowerPoint dokumentasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun Dua.
3)Bahan bantu belajar video cerita "Gagak Yang Bijak".Bahan ini telah saya gunakan selepas set induksi.
4)Selepas video itu,sebagai pengukuhan cerita tersebut,saya telah gunakan "slideshow" cerita "Gagak Yang Bijak".
5)Untuk sesi bercerita,saya telah gunakan gambar bersiri cerita "Gagak Yang Bijak".
6)Untuk menguji pemahaman murid tentang cerita "Gagak Yang Bijak",saya telah memberi lembaran kerja yang memerlukan murid menyusun cerita mengikut urutan dan menyalinnya semula.
Friday 2 December 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)