Friday, 9 December 2011




AYAT

















1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).

4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang      sempurna


a.Ayat Tunggal

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.

Subjek    =  Lelaki gemuk itu

Predikat  =  sedang menembak burung.




b.Ayat Majmuk


1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.

Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. (Ayat
               Tunggal)                          
               B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
               C) Razak mengambil sebuah buku cerita
               lalu membaca buku itu. (Ayat Majmuk)   

No comments:

Post a Comment